Tuesday, September 25, 2007

Perkhidmatan Panggilan Setempat

Perkhidmatan Pusat Setempat perlu dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dalam tempoh 5 atau 10 tahun dari sekarang. Persediaan ini amat sesuai sekali kerana pada ketika itu perkhidmatan Panggilan Setempat adalah bahagian yang paling berperanan dalam membantu hospital memberikan maklumat yang tepat berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh hospital. Contohnya ialah pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu penyakit dan mendapatkan pandangan samada perlu atau tidak berjumpa doktor dengan segara. Khidmat nasihat juga boleh diberikan berkaitan dengan sesuatu masalah kesihatan disamping memberikan promosi kesihatan. Buat masa ini, perkhidmatan panggilan setempat (PPS) atau 'Call Centre' lebih tertumpu kepada memberikan perkhidmatan ambulan atau pengurusan bencana kecemasan perubatan.
Hospital Keningau telah menubuhkan Perkhidmatan Panggilan Setempat pada tahun 2006 sebagai pilot projek negeri Sabah. Ia diilhamkan oleh Bekas Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr. Zuraidah dan telah dilaksanakan dengan jayanya atas usaha pengarah hospital Keningau iaitu Dr. William Gotulis. Buat masa sekarang unit ini berfungsi secara masa pejabat dan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan. Peralatan asas seperti talian terus telefon dan internet telah pun disediakan. Beban kerja dari bulan Jan 07 hingga Jun 07, menunjukkan kadar penggunaan sebanyak 321 panggilan untuk khidmat nasihat perubatan, 12 panggilan permohonan ambulan dan 98 pencarian kes bagi kes-kes mungkir janji (defaulters). Ternyata perkhidmatan ini mengurangkan tekanan kepada petugas dalaman kerana urusan melayan pelanggan dapat diberikan tumpuan lebih masa berbanding petugas klinikal yang terpaksa menjalankan kerja yang lebih penting.
Diharapkan agar kerajaan khususnya kementerian kesihatan akan dapat memberikan penekanan kepada perkhidmatan ini dengan memperuntukkan jumlah anggota yang berpengalaman.