Wednesday, November 5, 2008

FIREDRILL

Remove Formatting from selection
5 November 2008, Hospital Keningau - Sabah:


Satu kebakaran berlaku pada jam 10.00 pagi di bilik pantri Unit Pengurusan Hospital Keningau. Asap tebal mula kelihatan serta dikesan oleh penghuni unit pengurusan atau orang lain dan segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat dengan mendail talian 999, dalam masa yang sama butang penggera dipecahkan untuk menghidupkan bunyi kecemasan.

Ketua Jururawat Puan Florence Toiden telah membuat panggilan kecemasan pada jam 10.08 pagi melalaui talian kecemasan 999 setelah melihat kepolan asap tebal mula kelihatan dibahagian bumbung Unit Pengurusan. Pasukan Bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 10.15 pagi dan berjaya menyelamatkan 4 orang mangsa yang terperangkap di dalam bangunan. Api dapat dipadamkan dalam tempoh kurang 10 minit. Tidak ada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan.

Namun berita ini hanyalah melaporkan Latihan PENGUNGSIAN BANGUNAN atau FIRE DRILLyang dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Kebakaran Hospital Keningau dengan Bomba dan Penyelamat Keningau.
Matron Christina, Hj. Wan Hanapi dan peserta latihan dalam sesi post mortem.

Dalam sesi post-mortem yang diadakan sejurus latihan diadakan, Ketua Balai Bomba, Encik Lasius Salagon, mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak hospital kerana berjaya mengadakan latihan tersebut sambil menyatakan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Beliau berharap agar latihan seumpama ini akan terus diadakan dimasa akan datang dengan beberapa penambahbaikan.

Salah seorang mangsa diusung keluar dari tempat kebakaran.

Laporan Oleh:

Julius Raymond
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Hospital Keningau.


Friday, October 10, 2008

KURSUS PENERAPAN NILAI2 MURNI





10 Oktober 2008: Hospital Keningau telah menganjurkan kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Budaya Korporat pada 8 & 9 Oktober 2008 yang diadakan di Bilik Mesyuarat utama. Seramai 61 anggota KKM berbagai kategori menghadiri kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Budaya Korporat.

Objektif Kursus ini ialah:
  • Dapat memperolehi pengetahuan mengenai nilai-nilai murni untuk dilaksanakan dalam tugas harian.
  • Dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni dan budaya korporat.
  • Dapat mempraktik pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa menjalankan kerja seharian.
Perasmian penutupan kursus ini dilakukan oleh Dr. Chung Ka Lung, mewakili Pengarah Hospital iaitu Dr. Willam Gotulis. Dalam ucapan penutupan, beliau menyarankan agar anggota dapat menanam nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa menjalankan kerja seharain. Beliau juga mengharapkan agar ianya dapat membantu memperbaiki mutu perkhidmatan terutama dalam aspek komunikasi dan seterusnya mengurangkan kadar aduan.

Thursday, May 15, 2008

Kursus CPR



14 Mei 2008: CPR Komiti Hospital Keningau telah menganjurkan kursus CPR sesi ke 3 tahun 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Keningau. Objektif panganjuran kursus ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran pengendalian kes-kes kecemasan terutamanya yang memerlukan bantuan pernafasan.

Kursus ini diadakan selama satu setengah hari. Kurus ini dihadiri seramai 34 orang yang terdiri daripada anggota KKM dari berbagai kategori termasuklah pelatih dari Jabatan Patologi. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih diketuai oleh Dr. Dainna Gimbalu.

Monday, January 7, 2008

Penempatan Anggota Polis di Hospital Keningau


7 January 2008:

Hospital Keningau telah menyerahkan sebuah Pondok Polis untuk kegunaan operasi di Hospital Keningau. Majlis penyerahaan kunci Pondok Polis telah diadakan di Pondok Polis berkenaan yang dihadiri oleh Pengarah Hospital Keningau, Dr. William Gotulis, Wakil Ketua Polis Daerah yang diketuai oleh Inspektor Shahrul Nizam Bin Sulaiman dan beberapa anggota dari kedua-dua jabatan.


Dalam taklimat ringkas sebelum penyerahaan, Dr. William Gotulis mengharapkan agar masalah keselamatan terutama yang berkaitan dengan mediko-legal dapat diatasi dengan kadar segera apabila anggota polis diletakkan dalam premis hospital. Beliau juga mengharapkan agar kerjasama diantara kedua-dua jabatan dapat dieratkan terutama semasa dalam pengurusan kes-kes mediko-legal.