10 Oktober 2008: Hospital Keningau telah menganjurkan kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Budaya Korporat pada 8 & 9 Oktober 2008 yang diadakan di Bilik Mesyuarat utama. Seramai 61 anggota KKM berbagai kategori menghadiri kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Budaya Korporat.
Objektif Kursus ini ialah:
- Dapat memperolehi pengetahuan mengenai nilai-nilai murni untuk dilaksanakan dalam tugas harian.
- Dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni dan budaya korporat.
- Dapat mempraktik pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa menjalankan kerja seharian.