Wednesday, November 5, 2008

FIREDRILL

Remove Formatting from selection
5 November 2008, Hospital Keningau - Sabah:


Satu kebakaran berlaku pada jam 10.00 pagi di bilik pantri Unit Pengurusan Hospital Keningau. Asap tebal mula kelihatan serta dikesan oleh penghuni unit pengurusan atau orang lain dan segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat dengan mendail talian 999, dalam masa yang sama butang penggera dipecahkan untuk menghidupkan bunyi kecemasan.

Ketua Jururawat Puan Florence Toiden telah membuat panggilan kecemasan pada jam 10.08 pagi melalaui talian kecemasan 999 setelah melihat kepolan asap tebal mula kelihatan dibahagian bumbung Unit Pengurusan. Pasukan Bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 10.15 pagi dan berjaya menyelamatkan 4 orang mangsa yang terperangkap di dalam bangunan. Api dapat dipadamkan dalam tempoh kurang 10 minit. Tidak ada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan.

Namun berita ini hanyalah melaporkan Latihan PENGUNGSIAN BANGUNAN atau FIRE DRILLyang dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Kebakaran Hospital Keningau dengan Bomba dan Penyelamat Keningau.
Matron Christina, Hj. Wan Hanapi dan peserta latihan dalam sesi post mortem.

Dalam sesi post-mortem yang diadakan sejurus latihan diadakan, Ketua Balai Bomba, Encik Lasius Salagon, mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak hospital kerana berjaya mengadakan latihan tersebut sambil menyatakan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Beliau berharap agar latihan seumpama ini akan terus diadakan dimasa akan datang dengan beberapa penambahbaikan.

Salah seorang mangsa diusung keluar dari tempat kebakaran.

Laporan Oleh:

Julius Raymond
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Hospital Keningau.


No comments: